facebook Tentang Stranger Soccer

Apa itu Stranger Soccer?


Stranger Soccer ialah platform mudah bagi peminat futsal untuk menganjurkan dan menyertai permainan futsal. Kami menyediakan pelbagai jenis permainan, pasukan dan pemain untuk bermain atau bertanding / berlawan. Samaada permainan futsal 5 lawan 5, bolasepak 7 sebelah atau 11 sebelah, StrangerSoccer menggunakan teknologi untuk menghubungkan pemain dan pasukan dengankeutamaan yang pelbagai. Dengan hanya beberapa klik, kini anda boleh menikmatipermainan bola sepak.


Kenapa Stranger Soccer?


Ramai di antara kita yang dibesarkan dalam kancah kegilaan bolasepak Malaysia menghadapi masalah yang sama; sukar untuk mendapatkan semua kawan saya turun pada masa yang sama untuk bermain bolasepak! Mengajak mereka turun ke padang, membuat tempahan padang, dan semua persiapan untuk mengatur permainan itu sendiri boleh mengganggu keseronokan bermain bolasepak malahan sebelum ia bermula. Stranger Soccer menyediakan portal di mana semua peminat bola sepak boleh mendapat manfaat. Dengan meminimumkan semua masalah yang terlibat, kini anda hanya perlu hadirkan diri dan Menikmati Permainan!

Selain itu, salah satu kegembiraan dan keseronokan bermain bolasepak datang dari kepelbagaian gaya pemain dan kepelbagaian permainan pasukan. Di Stranger Soccer, kami menghubungkan anda dengan pemain baru melalui sukan yang anda semua suka, menjalin persahabatan baru dan meningkatkan pengalaman permainan! Mari kami bantu anda memulakan dan Menikmati Permainan!